Usahawan terjejas banjir ditawar moratorium hingga 6 bulan bayar balik pinjaman Kuskop

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menawarkan moratorium pembayaran balik pinjaman bagi tempoh 3 hingga 6 bulan kepada usahawan yang terjejas banjir bagi meringankan beban ditanggung mereka.

Kuskop berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tidak dapat mencari rezeki akibat bencana berkenaan dan koperasi mengalami kerugian akibat kerosakan premis, peralatan dan stok barangan perniagaan.

Menurut Kuskop lagi, pelaksanaan moratorium kepada usahawan yang menjadi mangsa banjir sejajar dengan prinsip kerajaan.

“Dalam tempoh moratorium, mereka mempunyai masa untuk memberi fokus kepada usaha-usaha pemulihan tanpa memikirkan tekanan kewangan daripada pinjaman yang perlu dibayar.

“Usahawan yang terjejas boleh menghubungi pejabat cawangan agensi-agensi Kuskop berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan inisiatif-inisiatif banjir yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, ketika ini, misi bantuan awal Kuskop melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional telah digerakkan di beberapa lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Tekun telah melaksanakan aktiviti penyediaan makanan kepada 1,500 orang mangsa-mangsa banjir iaitu di tiga buah PPS di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

“Di Kedah, penduduk kampung yang terputus bekalan air bersih turut diberi bantuan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui Koperasi Melayu Pulau Pinang Berhad yang telah melaksanakan bantuan khidmat masyarakat,” katanya.

Katanya, bekalan air bersih dari telaga boring milik koperasi dihantar kepada penduduk sekitar Jeneri, Kedah.

“Ia bertujuan meringankan beban penduduk dengan membekalkan air bersih setelah lebih 3 hari penduduk kampung terputus bekalan air.

“Kuskop telah merangka pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara besar-besaran selepas banjir pulih dengan pelbagai inisiatif bantuan dan program pembersihan pasca banjir yang akan dilaksanakan oleh Skuad Ihsan Madani Kuskop,” katanya.

Related Posts

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menzahirkan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berpandangan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026