Suami bekas model direman tiga hari kes keganasan rumah tangga

KUANTAN – Mahkamah Majistret Kuantan hari ini membenarkan perintah reman tiga hari bermula hari ini terhadap suami kepada bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson, yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Perintah reman terhadap tertuduh dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Terdahulu, suspek memakai kemeja lengan panjang berwarna biru gelap dan seluar panjang gelap tiba di pekarangan mahkamah jam 8.30 pagi, dengan tangan bergari.

Difahamkan laporan polis dibuat mangsa 27 November lalu sebelum suspek ditahan semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Terdahulu, media melaporkan hantaran dimuat naik di media sosial Zahnita mengejutkan ramai apabila dia berkongsi dua foto menampakkan matanya lebam.

Tidak memperincikan apa berlaku, Zahnita atau nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka ‘pekung di dada’, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.

Related Posts

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

PUTRAJAYA – Keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam  dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Penerbit filem itu, Elepfilm Entertainment menegaskan, langkah drastik tersebut diambil setelah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak