Ahli Bersatu tidak sensitif musibah banjir melanda negara

ALOR SETAR- Ketika rakyat sedang bergelut dengan musibah banjir, ahli Bersatu pula sibuk dan berkumpul bagi tujuan Perhimpunan Agung Tahunan di Pusat Konvensyen Ideal ( IDCC) di Shah Alam kelmarin.

Perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan demi menunjukkan simpati kepada mangsa banjir yang bertarung nyawa untuk menyelamatkan diri.

Ini juga menunjukkan kurangnya sensitiviti ahli parti bunga itu terhadap mangsa yang terjejas akibat banjir.

Ini turut dipersetujui oleh Pengerusi Anak Muda Madani yang kecewa dengan majlis tahunan itu yang langsung tidak menunjukkan simpati dengan musibah yang melanda negara hari ini.

Menurut Datuk Zuraidi Rahim, beliau terkejut dengan sikap kepimpinan parti bunga itu yang sanggup berhimpun beramai-ramai di IDCC semata-mata bagi perhimpunan tahunan parti itu.

Katanya, sepatutnya dengan keadaan musibah banjir ini kepimpinan Bersatu perlu menangguhkan terlebih dahulu perhimpunan itu dan turun bersama-sama mangsa banjir bagi membantu mereka.

“Adalah tidak wajar di waktu ini mereka sanggup bermesyuarat tetapi gelombang banjir semakin kuat hingga menyayat hati apabila melihatnya. Persoalannya inikah pemimpin yang rakyat mahukan dan hanya pandai bercakap tetapi langsung tidak simpati dengan mangsa banjir.

“Bagaimanapun mungkin musibah ini sebagai ujian kepada mangsa banjir untuk menyaksikan sikap sebenar pemimpin mereka yang dahulunya dikatakan sanggup berjuang atas nama rakyat. Tetapi hari ini mereka sudah melihat sikap hipokrit pemimpin yang mereka pilih pada pilihan raya lalu.

“Saya yakin setiap musibah yang datang dari Allah kepada makhluknya pasti ada hikmahnya dan hari ini terbukti sikap pemimpin parti Bersatu sanggup mengutamakan agenda mereka dari rakyat. Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan musibah banjir kali ini paling teruk berlaku pada negeri di bawah kepimpinan Perikatan Nasional jika dibandingkan dengan negeri di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Jelasnya lagi, ini berbeza dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup mengarahkan semua cuti Menteri dan Timbalan Menteri perlu dibekukan kerana situasi banjir semakin buruk akhir ini.

“PMX juga turut mengarahkan semua Menteri dan Timbalan Menteri turun bagi membantu mangsa banjir dengan menghulurkan bantuan supaya mereka tidak terpinggir di ketika berhadapan dengan musibah banjir kali ini.

“Saya berharap rakyat terutamanya di keempat-empat negeri di bawah PN dapat melihat bertapa gigihnya PMX turun dan menziarahi mangsa banjir dengan memberi semangat kepada mereka.Inilah pemimpin yang rakyat mahukan dan bukannya hanya pandai beceramah tetapi apabila datang musibah masing-masing menjauhkan diri.

“Saya berharap generasi muda hari ini mulai sedar akan keikhlasan Kerajaan Perpaduan mendahului rakyat dalam pelbagai aspek demi kebajikan rakyat.

“Ayuh wahai anak muda marilah kita bersama membawa gelombang Madani untuk kesejahteraan rakyat pada masa akan datang,” katanya yang turut turun bersama anak muda menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

Related Posts

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan kestabilan organisasi atau perjalanan parti itu. Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

KUANTAN – PKR Pahang akan mendapatkan penjelasan lengkap berhubung dakwaan penerima bakul makanan di Cenderawasih didaftarkan sebagai anggota parti tanpa pengetahuan mereka. Setiausahanya, Zukri Aksah berkata, pihaknya mengambil serius perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM