Paras air menurun, 518 mangsa banjir masih berlindung di PPS

KANGAR – Paras air di beberapa sungai utama di Perlis terus menunjukkan penurunan, namun seramai 518 mangsa banjir melibatkan 147 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, sehingga pukul 12 tengah hari, cuaca cerah tanpa hujan membantu melancarkan operasi pemindahan dan pemantauan.

“Paras Sungai Jarum menurun sebanyak 1.49 meter kepada 31.81 meter, manakala Timah Tasoh mencatat penurunan 0.19 meter kepada 29.76 meter. Ini memberi kelegaan kepada penduduk terjejas,” katanya hari ini.

Beliau berkata, PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka dan SK Arau di Arau, SK Titi Tinggi di Padang Besar, serta Dewan Warisan di Kangar.

Antara kampung terjejas termasuk Kampung Rambai, Kampung Banggol Sena, Kampung Titi Tinggi Hulu, Kampung Teluk Kacang, dan Kampung Behor Gonchar.

Di semua PPS, mangsa terdiri daripada 191 kanak-kanak, 91 bayi, 10 warga emas, dan 9 individu kelainan upaya (OKU). Bantuan logistik dan kebajikan terus diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama agensi berkaitan.

Tinjauan di beberapa lokasi banjir mendapati air mulai surut di Padang Besar dan Arau, namun terdapat peningkatan air di Kangar yang menyumbang kepada pertambahan mangsa ke PPS sejak kelmarin.

Related Posts

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

MUKAH – Upacara tradisi Seraheng Kakan terus menjadi pembuka tirai utama Pesta Kaul masyarakat Melanau, dengan peningkatan kehadiran pelawat yang sekali gus merancakkan semula sektor ekonomi dan perniagaan tempatan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

BETONG – Selepas 16 tahun menyepi, kemeriahan sorakan di tebing Sungai Layar kembali bergema menerusi penganjuran Regatta Betong 2026 yang menyasarkan pemerkasaan warisan budaya serta pemangkin ekonomi setempat. Acara sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎