Syarikat Korea Selatan berminat produk sawit, koko dan makanan laut Malaysia – Anwar

SYARIKAT Lotte International yang merupakan konglomerat keenam terbesar Republik Korea Selatan menyatakan minat dalam pelbagai produk kelapa sawit, produk kimia, koko dan makanan laut dari Malaysia.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, syarikat tersebut turut berkeinginan untuk mengembangkan produk kelapa sawit mereka, nitril dan sarung tangan latex untuk industri francais makanan dari Malaysia.

“Pada acara terakhir pertemuan bersama syarikat dan firma perniagaan di Republik Korea, saya telah bersemuka dengan pihak Posco Group dan Lotte International.

“Posco International merupakan salah satu syarikat perniagaan terbesar Korea dan kini mengimport inti kelapa sawit (palm kernel expeller, PKE) untuk makanan binatang ternakan dari Malaysia ke Korea dan sedang merencana untuk meningkatkan import PKE. Sebagai tambahan, kami turut menyentuh mengenai aktiviti pelaburan dalam industri minyak kelapa sawit dan Posco sedang berkira-kira untuk mengimport palm oil yang telah diproses.

“Manakala dalam pertemuan bersama Lotte International yang merupakan konglomerat keenam terbesar Republik Korea telah menyatakan minat dalam pelbagai produk kelapa sawit, produk kimia, koko dan makanan laut dari Malaysia. Syarikat tersebut turut berkeinginan untuk mengembangkan produk kelapa sawit mereka, nitril dan sarung tangan latex untuk industri francais makanan dari Malaysia,” kata Anwar dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, aktiviti perdagangan antara Malaysia dan Korea yang didukung oleh rencana strategik Posco Group dan Lotte International sedang mengemudi pertumbuhan di pelbagai industri dan lapangan di kedua-dua negara.

“Kerajaan Madani akan memastikan bahawa minyak kelapa sawit akan terus menyumbang, tidak hanya kepada ekonomi Malaysia tetapi juga kepada aspek keterjaminan makanan global,” ujar Anwar.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun