Papan tanda dwibahasa syarat mohon lesen, usah dipolemikkan – Fahmi

KUALA LUMPUR – Isu mengenai penguatkuasaan undang-undang peraturan papan tanda dwibahasa seharusnya tidak dipolemikkan memandangkan ia adalah syarat yang sudah ditetapkan bagi permohonan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pengusaha dan peniaga seharusnya faham dan patuh kepada peraturan-peraturan papan tanda yang telah ditetapkan.

“Mereka harus faham dan patuh kepada peraturan-peraturan ini kerana mereka perlu mendapatkan lesen untuk meletakkan papan tanda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran aplikasi penstriman MYTV Mana-Mana ke dalam sistem radio Infotainment-Head-Unit (IHU) Proton X70 di Quill City Mall, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Fahmi bagaimanapun berkata, PBT disaran supaya melakukan pemantauan secara berterusan dan tidak hanya mengambil tindakan secara bermusim berhubung penguatkuasaan undang-undang tersebut.

“Sekiranya sesuatu papan tanda itu melanggar peraturan, jangan tunggu bertahun barulah tindakan diambil kerana ini memberi satu persepsi yang berbeza kepada rakyat. Perlu berlaku adil.

“Kalau peniaga difahamkan dari awal bahawa papan tanda itu perlu mengikut peraturan tertentu, maka biarlah dari awal. Jangan di hujung-hujung baru nak ambil tindakan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing, dalam satu kenyataan di Facebooknya, menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan penguatkuasaan berhubung peraturan papan tanda dwibahasa.

Menurutnya, penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu mencetuskan tindak balas melampaui batas, menimbulkan rasa tidak puas hati serta mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan pelancong.

Minggu lalu, media melaporkan DBKL melancarkan operasi berskala besar menyasarkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu di beberapa kawasan, termasuk Segambut, Pudu, dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.

Related Posts

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi kesan gangguan bekalan bahan petrokimia terhadap rantaian bekalan, khususnya sektor pembungkusan barangan keperluan harian, susulan penutupan Selat Hormuz. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi