Prestasi pembangkang di Parlimen cukup sendu – Fahmi

KUALA LUMPUR – Sudah dua tahun berlalu, namun prestasi wakil rakyat pembangkang di Parlimen masih sendu malah setakat ini, belum ada sebarang belanjawan alternatif daripada pembangkang dibentangkan.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, prestasi yang ditonjolkan oleh ahli Parlimen pembangkang masih lagi cukup sendu malah pembangkang juga tidak berupaya untuk membincangkan tentang perihal substantif.

“Malah untuk dua tahun berturut-turut mereka (pembangkang) gagal untuk menampilkan ‘shadow budget’ atau belanjawan alternatif. Jadi kita lihat ini seperti retak menanti belah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada pemberita mengenai hubungan gabungan parti Perikatan Nasional Pas-Bersatu pada Majlis Pelancaran aplikasi penstriman MYTV Mana-Mana ke dalam sistem radio Infotainment-Head-Unit (IHU) Proton X70 di Quill City Mall, pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai hubungan di antara parti Pas dan Bersatu, Fahmi menyifatkan hubungan kedua-dua belah pihak sebagai ‘semakin panas’.

“Kalau kita lihat hubungan di antara Pas dan Bersatu ini semakin panas. Baru-baru ini ada desakan untuk diketepikan Pengerusi (PN) untuk mencari ‘poster boy’ Perdana Menteri baharu.

“Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah digugurkan di Perlis, acara besar di Terengganu tidak dijemput pimpinan daripada Bersatu. Apakah ini bibit yang menunjukkan kelemahan dalam PN dan juga hubungan yang semakin renggang,” soalnya.

Sebelum ini, dua Exco Bersatu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak dan ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan digugurkan daripada Exco kerajaan Perlis.

Media melaporkan pengguguran itu didakwa berkait campur tangan politik dan bukan disebabkan prestasi.

Related Posts

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menzahirkan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berpandangan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026

JS-SEZ kekal di landasan, pelan induk dilancar suku ke-4 2026