Gagal penuhi syarat Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, bot penumpang ditahan

KOTA KINABALU – Sebuah bot penumpang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan kerana gagal memenuhi syarat Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot tersebut ditahan ketika rondaan bot Maritim di kedudukan jarak lebih kurang 0.10 batu nautika Utara Jeti Jesselton di sini pada Ahad.

“Antara kesalahan iaitu gagal melaporkan pertukaran nakhoda, membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan, senarai nama kru tidak sama dan beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi.

“Semasa pemeriksaan, bot itu dikendalikan oleh tiga kru warganegara Malaysia yang berusia antara 20 hingga 32 tahun.

“Bot berkenaan ditahan dan semua kru telah dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sepanggar untuk siasatan lanjut.

“Manakala, nilai keseluruhan rampasan yang melibatkan bot tersebut dianggarkan lebih RM500,000,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam sebarang aktiviti atau salah laku jenayah di laut dan akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas.

“Orang ramai turut diminta untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai salah laku dan aktiviti jenayah di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK