PM anggap gred D dinilai Bersih cuma peringkat UPSR, nanti SPM dapat A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbuka bahkan tidak melatah apabila dinilai sekadar memperoleh gred D oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Anwar malah menganggap usia dua tahun Kerajaan Perpaduan yang dikemudi beliau masih mentah dan disamakan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sahaja.

“Tentang Bersih, tak apalah. Bersih bagi D bukan F.

“Jadi mudah-mudahan UPSR (dapat) D.

“Nanti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok naik A, Insya-Allah. Baru sangat (Kerajaan Perpaduan),” kata Perdana Menteri sewaktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Baru-baru ini Bersih menilai Kerajaan Perpaduan dengan gred D mengambil kira prestasi sejak dua tahun pembentukannya, selain meletakkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri terbaik, sejak 2009.

Pengerusi Bersih, Faisal Abdul Aziz berkata, gred diterima Kerajaan Perpaduan mencerminkan kemajuan terhad melaksanakan reformasi, serta jurang antara retorik dan tindakan.

Related Posts

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

IPOH – Isu pemindahan tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Zoo Tennoji kini mencapai tahap perbincangan tertinggi apabila dibawa terus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah