PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 November.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh itu.
Menurut kenyataan berkenaan, penetapan harga dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.





