Pelajar IPT Sarawak layak terima wang saku tanpa ambil kira pendapatan

KUCHING – Sarawak mengumumkan wang saku sebanyak RM1,200 kepada seluruh pelajar institut pengajian tinggi (IPT) Sarawak di seluruh Malaysia.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, wang saku tersebut diberikan tanpa mengira pendapatan per kapita keluarga.

“Pemberian wang saku ini membuktikan komitmen kerajaan Sarawak terhadap kebajikan golongan pelajar Sarawak,” kata beliau.

Tambah beliau, pelajar Sarawak diharap dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pengajian.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Sarawak harus mentransformasi cara dalam pendekatan pendidikan selain mengadaptasi kecerdasan buatan (AI) dan automasi.

“Dengan berbuat demikian, Sarawak dapat melengkapkan rakyat demi memenuhi keperluan global hari ini,” ujar beliau.

Sebelum ini, Sarawak mengumumkan pemberian wang saku sebanyak RM1,200 kepada pelajar daripada golongan keluarga berpendapatan RM1,500 per kapita ke bawah sebulan.

Bagaimanapun, Abang Johari mengumumkan semua pelajar IPT Sarawak di seluruh Malaysia layak terima bantuan RM1,200 tanpa mengambil kira pendapatan keluarga.

Pengumuman tersebut dilakukan susulan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyuarakan kebimbangan penggunaan pendapatan per kapita sebagai kriteria kelayakan untuk bantuan ini.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam