Polis tahan lima suspek edar dadah, rampas dua pistol

TEMERLOH – Lima lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan dan dua pucuk pistol dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Pusat Jengka, dekat Maran, pada 14 November lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 4 petang hasil risikan dan maklumat awam telah menahan empat lelaki warga tempatan dan seorang warga Thailand berusia 24 hingga 35 tahun.

Katanya, dalang utama berusia 26 tahun memiliki 14 rekod lampau manakala tiga suspek turut memiliki pelbagai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah manakala warga Thailand tidak mempunyai rekod lampau.

“Hasil dan saringan awal air kencing terhadap semua suspek mendapati positif dadah jenis Amphetamine.

“Kita merampas lima peket lutsinar dipercayai dadah jenis heroin kira-kira 5.86 gram, enam peket lutsinar mengandungi serbuk kristal dipercayai syabu dianggarkan 5.07 gram dan dua peket lutsinar mengandungi 21 biji pil dipercayai Yaba (2.54 gram).

“Kesemua dadah itu bernilai RM1,145 manakala wang tunai RM1,300 turut dirampas dalam serbuan itu,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

Tambah Yahaya, turut dirampas dua pucuk pistol yang mana satu daripadanya adalah pistol angin bertulis ‘Pietro Beretta’ dan satu lagi pistol tulen jenis semi auto.

“Bagi pistol tulen jenis semi auto pula, kita turut merampas satu kelopak pistol mengandungi dua butir peluru hidup.

“Pistol disyaki tulen ini sudah dikacau ganggu dengan nombor sirinya dipercayai sudah dipadamkan oleh suspek,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kumpulan itu dipercayai mula aktif sejak awal Ogos lalu dan menjadikan kawasan sekitar Bandar Pusat Jengka dan tanah rancangan Felda di Maran sebagai lokasi menjalankan aktiviti pengedaran dadah.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” jelasnya.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di Hutan Simpan Sementah, Lanchang, Temerloh, semalam, ditemukan selamat petang tadi. Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September