Gaji kakitangan pusat khidmat masyarakat akan dinaikkan – MB Selangor

KERAJAAN Selangor sedang mempertimbangkan untuk membuat pelarasan gaji kakitangan di pusat khidmat masyarakat (PKM).

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Selangor akan menilai semula peruntukan bulanan bagi semua PKM termasuk kepada pembangkang susulan peningkatan kos sewaan.

“Ketika ini, Kerajaan Negeri sedang menimbang beberapa cadangan antaranya meningkatkan pelarasan gaji bagi kakitangan termasuk pegawai PKM seluruh Selangor sesuai dengan pengumuman terbaharu Kerajaan Persekutuan.

“Saya hendak maklumkan juga untuk mempertimbang menilai semula peruntukan bulanan bagi PKM termasuk pembangkang sebab pada waktu ini kos penyewaan meningkat… kita akan kaji keseluruhan berikutan ada bebanan contohnya di Tanjung Karang mungkin bawah RM2,000 tetapi tinggi di Petaling.

“Bagi penetapan lokasi PKM, memang sepatutnya ia terletak di dalam kawasan tetapi tidak mahu tekankan, wajibkannya kerana menimbulkan peningkatan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Lwi Kian Keong dalam sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Pada masa sama, Amirudin turut memaklumkan isu penambahan kakitangan di PKM yang dibebani dengan pelbagai program bulanan dan mingguan dijangka selesai selewatnya Jun tahun depan.

“Buat masa ini, kita masih kekalkan kuota empat pegawai tetapi akan mempertimbang penambahan kakitangan setelah melihat bebanan PKM dengan program-program sedia ada termasuk yang baharu khairat kematian.

“Ini termasuk pada 2026 kita akan mula melunaskan pembayaran 29,000 peserta Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dari kelompok pertama. Kita muktamadkan pada 2008 dan pada 2026 akan mula buat pembayaran kepada mereka berusia 18 tahun.

“Kalau ada keperluan saya minta tempoh sampai Jun depan untuk menambah itu dengan melihat keperluan program pada 2026 dan beberapa kerja termasuk khairat kematian,” katanya.

Related Posts

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan