Diraikan sebagai hero, Anwar tak akan remehkan harapan rakyat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar kerajaan akan terus bekerja dan tidak akan sesekali meremehkan harapan rakyat yang menggunung.

Menurut beliau, dukungan rakyat akan sentiasa menyunting semangat untuk terus bersungguh mengejar kejayaan buat rakyat dan negara.

“Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di tanah air lewat pagi tadi.

“Insya-Allah, kita akan terus bekerja dan tidak akan sesekali meremehkan harapan rakyat yang menggunung.

“Terima kasih kepada semua yang hadir di Kompleks Bunga Raya dan juga yang ramai bersama di tapak Petronas. Dukungan rakyat akan sentiasa menyunting semangat untuk terus bersungguh mengejar kejayaan buat rakyat dan negara,” ucap Perdana Menteri dalam hantaran di media sosial pada Rabu.

Berkongsi hasil lawatan kerja di luar negara, Anwar memaklumkan barisan delegasi dan beliau sendiri begitu teruja saat Malaysia diberi ruang di pelbagai platform antarabangsa di mana pendirian dan ketegasan negara berjaya dilontarkan dengan baik yang mencerminkan hasrat dan nurani rakyat.

Kata Menteri Kewangan itu, tentunya ekonomi dan peluang pelaburan yang menjadi keutamaan terutamanya sebagai usaha bagi melonjak negara dan tahap kesejahteraan rakyat ke tahap yang membanggakan.

“Sejumlah pertemuan bersama beberapa pemimpin dunia turut dimanfaatkan untuk mengangkat nasib warga Palestin yang terus dibedil rejim Israel yang ganas dan biadab.

“Semestinya usaha itu tidak terhenti disitu, malah Malaysia akan terus perhebatkan ngaumannya agar keadilan terpacul dan hak asasi manusia kembali dihormati terutamanya di bumi Palestin,” tegas Anwar.

Related Posts

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

PUTRAJAYA – DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15. Keputusan itu dibuat menerusi undian perwakilan pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026, hari ini, dengan 1,857…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menepis dakwaan tular di media sosial kononnya bapa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam