Jawapan Anwar kepada wartawan CNN tak salah, itu pendirian ‘Two-State Solution’ – Hassan Karim

KUALA LUMPUR – Malaysia berpegang kepada penyelesaian ‘Two-State Solution” yang bermakna jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan CNN, Richard Quest itu tidaklah salah, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Pun begitu katanya, adalah lebih bijaksana jika Perdana Menteri menjawab bahawa yang ada hak untuk wujud ialah sebuah negara Palestin merdeka.

“Manakala hak untuk mempertahankan diri ialah hak rakyat dan pejuang Palestin bukannya zionis Israel yang menjajah dan menduduki bumi Palestin secara haram,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurut wakil rakyat PKR itu lagi, kenyataan Anwar berkenaan negara Israel ketika diwawancara wartawan CNN Richard Quest perlu dilihat dalam konteks pendirian Malaysia terhadap isu Palestin dan Israel secara keseluruhannya.

Tegas Hassan, pendirian Malaysia sehingga kini masih berpegang kepada penyelesaian dua negara atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘Two-State Solution’.

“Pendirian ‘Two-State Solution’ ini bermakna wujud dua negara Israel dan Palestin yang merdeka.

“Pendirian penyelesaian ‘Two-State Solution’ ini dipersetujui oleh Presiden Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel, Yizak Rabin dalam Perjanjian Oslo. Perjanjian Oslo tersebut yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Presiden Yasser Arafat yang mengetuai Al-Fattah dan PLO diteruskan hingga sekarang di bawah pimpinan Presiden Palestin, Mahmood Abbas dan disokong oleh majoriti negara Arab, negara-negara Islam di dalam OIC termasuklah Malaysia.

“Tetapi Hamas yang menguasai Gaza menolak penyelesaian ‘Two-State Solution’,” jelas Hassan.

Menurut beliau yang juga pengamal undang-undang itu lagi, pendirian Malaysia yang disuarakan oleh Perdana Menteri di peringkat antarabangsa dan di dalam negeri termasuk di Parlimen Malaysia tetap konsisten.

Kata Hassan, pertama Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel dan perkara kedua, Malaysia tegas mempertahankan hak rakyat Palestin.

“Perkara ketiga pula, Malaysia berusaha secara aktif memperjuangkan kemerdekan negara Palestin dan keempat, Malaysia secara aktif memperjuangkan resolusi supaya Israel disingkirkan daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan terdapat ‘editing’ yang disengajakan ke atas wawancara Anwar dengan wartawan CNN tersebut untuk tujuan mewujudkan persepsi yang salah terhadap pendirian Malaysia.

“Maka adalah tanggungjawab Menteri Komunikasi mengemukakan keseluruhan wawancara tersebut tanpa sebarang editing,” saran Hassan.

Related Posts

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan penyusunan semula jentera pilihan rayanya apabila melantik Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerajui pengurusan pilihan raya parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan bahawa nasihat daripada institusi diraja Johor menjadi faktor utama beliau mengambil keputusan untuk memohon maaf secara peribadi kepada Presiden UMNO, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?