Sarawak sediakan komputer riba percuma untuk pelajar IPT tahun pertama

KUCHING – Kerajaan Sarawak berhasrat menyediakan komputer riba percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tahun pertama.

Difahamkan inisiatif tersebut diberikan kepada pelajar daripada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah per kapita RM1,500 dan ke bawah sebulan.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, pendapatan per kapita bermaksud ukuran jumlah pendapatan isi rumah yang dibahagikan dengan bilangan tanggungan.

“Sebagai contoh, dalam satu keluarga, kedua-dua ibu bapa dan seorang anak bekerja, dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM12,600 dan keluarga itu mempunyai tujuh anak,” jelas beliau.

Tambah beliau, pendapatan per kapita bagi keluarga tersebut adalah RM12,600 dibahagikan kepada 9 orang iaitu, RM1,400.

“Oleh itu, mana-mana anak dalam keluarga tersebut yang masuk tahun pertama di universiti layak menerima bantuan komputer riba percuma,” jelas beliau lagi ketika semasa menggulung perbahasan bagi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan Sarawak turut meneruskan inisiatif baucar buku dan komputer riba percuma untuk pelajar IPT Sarawak dengan isi pendapatan rumah per kapita RM1,500 sebulan ke bawah untuk tahun hadapan.

Difahamkan inisiatif baucar buku RM500 yang menelan belanja RM2 juta dan komputer riba percuma dengan peruntukan RM30.5 juta pada tahun hadapan akan memberi manfaat kepada 10,166 pelajar.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam