SK LKTP Bukit Goh rai kejayaan Gohillians Robotics

KUANTAN – Pencapaian Gohillians Robotic pada pertandingan World Robot Games (WRG) di Singapura, baru-baru ini, terus mendapat penghargaan.

Kali ini pihak Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh meraikan kejayaan pasukan itu dalam satu majlis di Dewan Seri Perdana, sekolah berkenaan, dekat sini, petang tadi.

Majlis itu dihadiri Timbalan Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Shahrum Md Saud dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Bukit Goh, Ahmad Faizal Ramli.

Hadir sama Pengurus Besar Kuantan 188, Khalisa Azman, Ketua Pembangunan Perniagaaan Kuantan 188, Abdul Jamil Mohamed dan wakil JPN Pahang.

Shahrum berkata, pencapaian Gohillians Robotic itu bukan sahaja membanggakan pihak sekolah dan Felda, tapi turut mengharumkan nama JPN Pahang.

“Semoga kejayaan pasukan Gohillians ini memberi semangat kepada pasukan lain dari sekolah di Pahang untuk mencipta kejayaan di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Gohillians Robotic dianggotai Muhammad Syauqi Mohd Sidek, 11; Muhammad Wazif Qaid Abu Zalrifari Ikram, 11 dan Iman Muhammad Zafri Zamrizal, 12, memperoleh tempat kedua pada WRG Singapura hasil bimbingan guru penyelaras pasukan, Wan Mohd Hairi Wan Hassan.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan