Ahli Parlimen Sandakan kritik tindakan cabar kedaulatan negara, Sabah

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee mengkritik tindakan pihak luar yang terus mencabar kedaulatan negara Malaysia dan negeri Sabah.

Beliau menyeru agar Kementerian Luar Negeri mengambil tindakan tegas dengan mengutuk sekeras-kerasnya segala dakwaan dan provokasi tersebut tanpa kompromi.

“Merujuk kepada dua akta baharu yang baru diluluskan oleh Filipina yang dikatakan berhubung dengan tuntutan terhadap Sabah dan pelanggaran sempadan maritim negeri ini.

“Akta tersebut adalah Akta Zon Maritim Filipina (RA 12064) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (RA 12065) yang telah dipersetujui oleh Presiden Filipina.

“Akta-akta ini jelas berhubung dengan tuntutan terhadap Sabah dan pelanggaran sempadan maritim kita. 

“Kerajaan perlu bertindak pantas dan tegas dalam menangani perkara ini,” kata Vivian dalam sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat. 

Beliau juga menyoal kepada Menteri Luar Negeri mengenai kemungkinan kedua-dua akta tersebut melanggar Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) dan menyeru agar Malaysia menunjukkan ketegasan dalam mematuhi undang-undang antarabangsa, terutamanya apabila negara bakal memegang jawatan sebagai Pengerusi Asean pada tahun 2025.

Selain itu, Vivian turut mempersoalkan dakwaan yang dibuat oleh seorang peguam dari Filipina mengenai keputusan mahkamah Perancis yang menolak tuntutan Sultan Sulu. 

“Peguam tersebut mendakwa bahawa keputusan tersebut memberi kebebasan kepada Sultan Sulu untuk menyewa Sabah kepada negara lain. 

“Tuntutan itu difailkan oleh Arbitrator Sepanyol, Dr. Stampa, dua hari lalu,” katanya.

Vivian menegaskan bahawa dakwaan ini adalah tuduhan yang serius dan harus ditangani dengan penuh hati-hati. 

Tambahnya, kedaulatan negara tidak boleh diperlakukan seperti bola sepak dan dimainkan oleh mana-mana pihak sesuka hati.

Beliau mohon penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap individu atau organisasi yang cuba mengancam kedaulatan negara ini.

“Saya ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap pihak yang cuba menggugat kedaulatan negara kita,” kata Vivian.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa kerajaan perlu segera bertindak untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia dan Sabah dari segala ancaman luar.

Related Posts

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

  • By Aden
  • September 20, 2026
Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti