Kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’ bakal dilancar

PUTRAJAYA – Kerajaan bakal memperkenalkan kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’ bagi mempertingkat kesedaran rakyat mengenai kepentingan amalan pemakanan sihat melalui pengurangan pengambilan gula dalam diet harian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, satu sesi libat urus bersama persatuan restoran dan wakil industri diadakan hari ini, untuk merangka kempen berkenaan.

Antara yang terbabit dalam sesi libat urus itu ialah Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas), Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) serta Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

“Inisiatif ini dirangka khusus bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Di samping itu, membantu mengurangkan kos rawatan dan perubatan susulan penyakit berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat serta tidak seimbang, terutama kandungan gula berlebihan,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Fuziah berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) prihatin terhadap laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang mendapati satu daripada enam individu dewasa atau 15.6 peratus populasi dewasa di negara ini dikesan sebagai penghidap penyakit diabetes.

Sehubungan itu, KPDN komited mengusahakan langkah preventif, bermula dari peringkat pengguna dan pengusaha makanan bermasak.

Katanya, kempen berkenaan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Related Posts

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun