Harimau mati meninggalkan kepala di JRTB

GERIK – Harimau mati meninggalkan kepala!

Seekor harimau belang yang hanya tinggal kepala ditemui mati dipercayai dilanggar lori di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Titiwangsa di sini, pada Sabtu.

Perkara berkaitan penemuan bangkai haiwan karnivor itu turut disahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak yang menerima maklumat berhubung kes tersebut.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan kepala seekor harimau belang pada jam 9 pagi tadi.

Susulan laporan itu, ujarnya, kakitangan Perhilitan Gerik kemudiannya di gerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.

“Hasil siasatan mendapati harimau belang mati akibat dilanggar lori yang dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli sekitar jam 5.30 pagi Sabtu.

“Sedikit kesukaran kerana sehingga kini kita masih tidak dapat mengenal pasti jantinanya kerana karkas hancur.

“Malah beratnya juga gagal dipastikan, namun kita percaya ianya seekor harimau dewasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelas Yusoff lagi, pengecaman ke atas harimau tersebut sukar dilakukan kerana tubuhnya hancur ekoran insiden perlanggaran itu.

“Disebabkan tubuhnya hancur, ia menyukarkan kita untuk mengenal pasti dan mengecam id atau kumpulan mana harimau itu.

“Tapi kita percaya, ia datang dari hutan berhampiran sama ada Hutan Simpan Temenggor, Hutan Simpan Gerik atau Royal Belum,”ujar beliau.

Terdahulu, tular video di platform media sosial sejak pagi tadi, memaparkan penemuan kepala harimau serta serpihan kulit.

Mengulas lanjut, Yusoff berkata, bahagian kepala harimau belang itu akan dihantar ke Institut Biodiversiti (IBD) di Pahang untuk proses pengawetan.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow