KKM akan umum hasil siasatan ‘perigi terapi’ di Rembau secepat mungkin

JITRA – Kementerian Kesihatan akan mengumumkan hasil siasatan ke atas pengusaha rawatan yang mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan menggunakan air perigi di sebuah tapak perkhemahan di Rembau, Negeri Sembilan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan membuat penjelasan dan dapatan daripada hasil siasatan tersebut yang diharapkan dapat menyelesaikan sebarang kekeliruan berhubung dakwaan itu.

“Kita akan membuat penjelasan dan dapatan hasil siasatan dalam waktu terdekat. Saya ingat sangat mustahak untuk kita sentiasa merasa bahawa ‘kecelikan’ sangat penting.

“Jangan mudah-mudah percaya sama ada orang Melayu atau bangsa lain…jangan mudah sangat dipermainkan,” katanya ketika ditemui selepas hadir di Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) di Bandar Darul Aman di sini hari ini.

Dzulkefly yang juga Naib Presiden Amanah itu mengulas tentang sebuah perigi di Rembau yang didakwa mampu memberi manfaat kesihatan kepada individu menghidap pelbagai penyakit termasuk strok menerusi teknologi rawatan khas.

Dalam majlis itu juga, beliau yakin persefahaman Kerajaan Perpaduan yang ditunjukkan hari ini mampu merampas kembali Kedah dari Pas.

“Ini terbukti dengan pancapaian Kerajaan Perpaduan pada beberapa pilihan raya kecil sudah mula memihak kepada kita (Kerajaan Perpaduan), katanya.

Related Posts

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

MIRI – Penyediaan peluang pekerjaan berkualiti, pemilikan perumahan mampu milik, serta pembangunan kemahiran dan keusahawanan merupakan antara perkara utama yang diharap diberi penekanan dalam Belanjawan Sarawak 2027 bagi memenuhi keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

MUKAH – Sikap mendahulukan keperluan rakyat berbanding diri sendiri yang ditonjolkan oleh bekas Penghulu Kampung Penat, Jeffrina Galau akhirnya berbalas apabila beliau kini menerima manfaat di bawah Program Penambahbaikan Rumah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎