Malbatt cermin komitmen, keprihatinan Malaysia terhadap keamanan global

PENGIKTIRAFAN antarabangsa terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan lagi sesuatu yang asing sejak negara mencapai kemerdekaan.

Bermula sejak tahun 1960, ATM menerusi Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) telah diberi penghormatan antarabangsa sebagai negara ke-16 untuk menyertai tentera pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Congo.

Selama tiga tahun Malbatt bertugas di Congo yang ketika itu sedang bergolak dalam proses mewujudkan sebuah negara yang merdeka.

Kemudian Malbatt telah menjayakan misi pengaman di Namibia (United Nations Transition Assistance Group – UNTAG) pada tahun 1989 sehingga 1990.

Pada tahun 1993, Malbatt meneruskan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui United Nations Trasitinal Authority in Cambodia (UNTAC).

Nama Malbatt semakin mekar di persada antarabangsa apabila melaksanakan Operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Somalia II (UNOSOM) pada tahun 1993.

Dalam misi di Somalia itu, Malbatt mempamerkan prestasi cemerlang sebagai pasukan pengaman apabila berjaya menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di kawasan pertempuran.

Kecemerlangan itu telah difilemkan oleh pengarah Adrian Teh pada tahun 2023 dengan judul MALBATT: Misi Bakara.

Peranan Malbatt terus diiktiraf di peringkat anatarabangsa melalui Misi United Nations Protection Force (UNPROFOR) di Bosnia Herzegovina bermula 1993 hingga 1998.

Pada tahun 2006, Malaysia sebagai negara jiran telah menyertai Operasi Astute di Timor Leste yang ketika itu baru sahaja mendapat kemerdekaan daripada Indonesia.

Menerusi Malbatt, Malaysia telah menghulurkan bantuan dalam aktiviti pembangunan sumber manusia melalui pelbagai program latihan dalam usaha Timor Leste membina kembali negara mereka.

Sehingga kini, Timor Leste menjadikan Malaysia sebagai model untuk membangunkan negara mereka.

Pada hari ini, Malbatt masih aktif memainkan peranan dalam misi keamanan antarabangsa dengan menyertai United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) sejak tahun 2007.

Penglibatan Malbatt dalam pasukan pengaman dunia mencerminkan komitmen dan keprihatinan Malaysia untuk memastikan keamanan dan keselamatan di peringkat global.

Untuk rekod, Malaysia menerusi Malbatt berada di tangga 25 daripada 123 negara yang menyertai ke misi pengaman PBB.

Related Posts

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

KUALA LUMPUR – Asas ekonomi Malaysia yang kukuh terus menyediakan ruang dan peluang pelaburan yang menarik dalam pasaran modal negara. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

KUALA LUMPUR – Tetuan Christopher & Lee Ong menegaskan tuntutan RHB Capital Bhd terhadap Tan Sri Abdul Rashid Hussain dalam satu guaman sivil kira-kira 20 tahun lalu ditolak sepenuhnya oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September