Krisis Negeri Sembilan: Injuksi mahkamah tinggi kekalkan Raja Norazli, hentikan Sidang Khas DKU

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Seremban, pada Jumaat mengekalkan Raja Norazli Raja Nordin sebagai Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) dan menghalang Sidang Khas DKU daripada diteruskan.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Roz Mawar Rozain membenarkan permohonan injunksi ad interim yang difailkan Raja Norazli bersama DKU bagi mengekalkan status quo pentadbiran badan berkenaan.

Peguam kanan, Steven Thiru yang mewakili Raja Norazli dan DKU ketika dihubungi mengesahkan mahkamah turut melarang sebarang usaha untuk menggantung, menyingkirkan atau menggantikan anak guamnya daripada jawatan yang disandang ketika ini.

“Perintah sementara mahkamah itu menghalang plaintif sama ada secara langsung atau melalui wakil mereka daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat DKU termasuk Sidang Khas yang dijadual berlangsung hari ini (pada Jumaat)

“Plaintif juga dilarang menggantung, menyingkirkan, menggantikan atau mengganggu Raja Norazli dalam melaksanakan tugasnya sebagai setiausaha DKU,” katanya, pada Jumaat.

Plaintif dalam kes tersebut ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid

Raja Norazli dan DKU diwakili Steven Thiru, David Dinesh Mathew, Shafrin Halim, Gregory Das dan Gurjeevan Singh, manakala plaintif diwakili Awang Armadajaya, Datuk Rhiza Ghazi serta Asmawi Ismail.

Defendan ketiga pula diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal bersama Aala’uddin Baharom.

Tambahnya, mahkamah turut memerintahkan supaya tiada mana-mana jawatankuasa, individu atau badan lain ditubuhkan bagi mengambil alih fungsi dan bidang kuasa Setiausaha DKU.

“Selain itu, plaintif dilarang membuat atau melaksanakan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran, tadbir urus dan prosiding DKU yang boleh mengubah kedudukan sedia ada sebelum 21 Mei lalu.

“Injunksi itu akan terus berkuat kuasa sehingga mahkamah mendengar dan memutuskan isu bidang kuasa serta kebolehbicaraan kes berkenaan sebelum sebarang perintah lanjut dibuat,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills