Lepasan Timur Tengah disaran ceburi bidang industri halal

SELAIN bidang perbankan Islam, mahasiswa pengajian Islam Universiti Al-Azhar Mesir disaran untuk merebut peluang kerjaya dalam industri halal selepas tamat pengajian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, graduan universiti itu wajar tampil lebih berani menceburi bidang ekonomi yang lebih meluas dan terlibat secara langsung di dalamnya.

“Ada nak jadi guru agama atau pensyarah, saya tiada masalah. Kesedaran atau kefahaman agama jauh lebih besar hari ini daripada 20 tahun dahulu. Saya akui tetapi cabarannya jauh lebih luas.

“Ini mungkin bidang yang belum dipelopori atau dikembangkan pelajar Timur Tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama 100 mahasiswa Dewan Malaysia Abbassiyah di Kaherah, pada Khamis.

Bagaimanapun, Amirudin berpendapat tiada masalah jika mahasiswa memilih kerjaya sebagai agama, pensyarah atau pegawai pusat berkuasa selepas tamat pengajian kelak.

Sementara itu, dalam program berasingan, Exco Agama Islam Selangor Dr Fahmi Ngah berkata, Selangor berhasrat mewujudkan kelab kerjaya kepada mahasiswa dan membekalkan latihan kemahiran tertentu sebelum mereka ke dunia pekerjaan.

Jelasnya, kelab itu akan membimbing pelajar dari segi kemahiran secara dalam talian daripada tenaga pengajar di Malaysia.

“Ia lebih kepada persediaan untuk ke alam pekerjaan. Mungkin ada agensi atau syarikat Kerajaan Negeri tawar terus kerja, tidak boleh tunggu lama. Mana hendak kerja, boleh kerja terus.

“Kemahiran itu akan disesuaikan dengan keperluan jawatan, dengan latihan meliputi penggunaan teknologi maklumat, penguasaan bahasa atau elemen pengurusan asas,” katanya.

Related Posts

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya susulan mesej tular mengenai cubaan beberapa bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

KUCHING – Sambutan Hari Sarawak yang diraikan pada 22 Julai bukan sekadar cuti umum, sebaliknya merupakan simbol kebangkitan perjuangan dalam memartabatkan maruah dan identiti wilayah itu. Yang di-Pertua Negeri Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

Peluang 50-50 DUN Chuah, Boon Lye tekad teruskan agenda pembangunan ekonomi

Peluang 50-50 DUN Chuah, Boon Lye tekad teruskan agenda pembangunan ekonomi

Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

OPB 2026: CIDB Tawau gempur tapak bina, gesa kontraktor tingkat pematuhan

OPB 2026: CIDB Tawau gempur tapak bina, gesa kontraktor tingkat pematuhan