Pemilihan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua tidak akan disemak semula

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi tidak berhasrat untuk menyemak semula pemilihan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia kerana ia telah dilakukan secara bebas oleh pasukan teknikal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, dalam konteks pemilihan (U Mobile), ia telah dilakukan secara bebas dan diputuskan secara sebulat suara oleh ahli-ahli serta tiada penglibatan dan campur tangan daripada pihak pentadbiran kementerian.

“Saya perlu peringatkan ini bukan kontrak dan bukan lesen, instrumennya nanti adalah spektrum iaitu 3.6 gigahertz atau dikenali juga sebagai F2 boleh diberikan untuk dibangunkan rangkaian 5G kedua.

“Jadi tidak ada dana awam yang terlibat dalam membangunkan rangkaian 5G kedua negara dan dari segi aspek kelulusan, tata kelola, governan, semua berjalan dengan tertib dan tiada campur tangan,” katanya semasa sidang media bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai kelayakan U Mobile untuk menjadi rangkaian penyedia 5G kedua adalah berdasarkan beberapa syarat yang dikemukan oleh pihak MCMC dan secara keseluruhannya semua syarikat penyedia layak untuk bertanding.

“Mungkin dari satu sudut ada yang bertanya, adakah pihak yang menerima ini (U Mobile) layak menerima, dia layak untuk bertanding sebab syarat yang dikenakan untuk sesiapa yang ingin memasukkan permohonan untuk menjadi syarikat yang akan menerajui pembangunan rangkaian 5G kedua, mesti lengkap ‘SHA’ (Share Holdings Agreement) pegangan saham dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

“Ada tiga syarikat sahaja yang layak iaitu Celcom Digi, Maxis dan U Mobile, jadi dari segi mata kasarnya, ketiga-tiga ini boleh masuk permohonan dan boleh menang tapi seperti yang pernah dijelaskan di Parlimen dan sekarang,” katanya.

Jelasnya, antara aspek yang diberi pertimbangan oleh MCMC ialah melibatkan aspek perancangan perniagaan (business planning), perancangan teknikal untuk menbangunkan ‘network’ (rangkaian), dan ‘performance’ (prestasi).

“Ia adalah kerana pihak MCMC melihat ada kewajaran meneliti sama ada tahap kepuasan di kalangan pengguna sedia ada ataupun keupayaan syarikat tersebut untuk menyiapkan kerja-kerja, projek-projek yang telah diberikan MCMC sebelum ini.

“Jadi kita lihat secara keseluruhan dan kalau kita lihat perbandingan, CelcomDigi ada 18,000 menara, akan ada 18,000 menara setelah mereka melengkapkan proses integrasi dan Maxis mempunyai 12,000 menara, U Mobile mempunyai 10,000 menara.

“Jadi ia tidak terlalu jauh berbeza, ketiga-tiga syarikat layak untuk memasukkan permohonan dan layak untuk diangkat dan dipilih bagi membangunakan rangkaian tetapi apa yg MCMC telah putuskan ialah U Mobile, saya akur dengan keputusan MCMC,” ujarnya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok