KPDN gempur dua kilang proses ayam salah guna permit simpan gas LPG

ALOR SETAR – Dua kilang memproses ayam di Kepala Batas di sini diserbu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana didapati menyalah gunakan permit barang kawalan berjadual untuk menyimpan dan menggunakan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.

Serbuan itu turut disertai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh dalam Op Kita Gempur yang dilakukan di negeri ini, hari ini.

Dalam serbuan jam 9 pagi itu, dua pasukan KPDN melakukan pemeriksaan di dua premis memproses ayam dan mendapati ia mempunyai permit barang kawalan berjadual untuk menyimpan dan menggunakan LPG industri namun mengambil kesempatan menggunakan LPG bersubsidi bagi menjalankan perniagaannya.

Fuziah berkata, ketika pemeriksaan dilakukan di dua kilang itu, pihaknya bertemu dengan penyelia iaitu lelaki warga tempatan berusia 40-an dan mendapati sebanyak 79 tong LPG bersubsidi digunakan dan berada di premis terbabit.

Beliau berkata, kesemua gas LPG itu disita untuk siasatan lanjut dan nilai sitaan dianggarkan bernilai RM9,742.90.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan di tiga pasar raya dan pasar mini di Pantai Johor, di sini, dan mendapati sebuah daripada premis terbabit didapati menyimpan barang kawalan iaitu LPG melebihi had simpanan lesen.

Beliau berkata, berikutan itu, pihak KPDN menyita sejumlah 29 LPG yang dianggarkan bernilai RM771.40 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Hasil pemeriksaan di lima premis terdapat empat kes dikesan iaitu menyimpan barang kawalan melebihi had lesen, menggunakan alat timbang yang tidak ditentu sahkan serta dua kes lagi iaitu pemegang permit barang kawalan menggunakan LPG bersubsidi untuk menjalankan perniagaan.

“Jumlah nilai sitaan bagi empat kes terbabit adalah sebanyak RM10,514.30,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok