Kronologi penubuhan dan siasatan kes FashionValet

2010 – FashionValet adalah platform e-dagang fesyen yang diasaskan pada tahun 2010 oleh pasangan suami isteri, Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah Anuar.

Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia, platform ini menawarkan pelbagai pilihan pakaian siap pakai, termasuk pakaian Muslimah, pakaian dalam, dan pakaian renang dengan penghantaran segera untuk pelanggan di seluruh dunia.

Menawarkan lebih daripada 500 jenama, termasuk jenama dalaman seperti dUCk dan LILIT.

2012 – FashionValet memperoleh RM1 juta daripada MyEG Services Bhd untuk 30 peratus kepentingan dalam perniagaan selepas menjuarai Rancangan TV realiti, Make The Pitch. Bilangan jenama mencecah 150.

2012 – Persaingan meningkat untuk FashionValet kerana Zalora dan pemain lain memasuki pasaran.

2014 – Vivy mencipta label dUCk, menjual tudung dan aksesori, dan dinamakan sempena blognya sendiri, ProudDuck.

2016 – FashionValet telah menerima anugerah daripada Matrade yang merangkumi ‘Anugerah Peneraju Eksport’ belia dan daripada #MYCYBERSALE sebagai pengeksport teratas untuk kempen tahunan 2016-nya.

2017 – FashionValet berada dalam 3 teratas dalam Fashion E-Tail untuk #MYCYBERSALE

2017 – Vivy diiktiraf oleh Forbes30 bawah 30 Asia apabila mencatat keuntungan dianggarkan bernilai $368 bilion pada 2021 dan jenama tudungnya, dUCk menjadi tudung paling popular di pasaran global.

2019 – Vivy dilantik menganggotai lembaga pengarah UiTM (Universiti Teknologi MARA). UiTM berkata pelantikan sebagai anggota lembaga pengarah selama tiga tahun itu dapat menjadi pendorong serta memacu pusat pengajian tinggi terbabit untuk kekal relevan sebagai hab keusahawanan di peringkat pendidikan tertinggi.

Pelantikan Vivy Yusof diharap menyuntik idea baharu untuk menggalakkan keusahawanan dengan lebih berkesan dan memberi inspirasi kepada perniagaan baru dalam kalangan warga UiTM terutamanya pelajar.

2019 – FashionValet berkembang ke Timur Tengah.

2022 – FashionValet mengumumkan penutupan operasinya dan memfokuskan perniagaan kepada jenama dalaman mereka, dUCK dan LILIT. Keputusan ini dibuat setelah melihat trend perniagaan yang beralih kepada penjualan langsung kepada pengguna, terutamanya semasa pandemik Covid-19.

29 Okt 2024 – Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet.

Kementerian Kewangan berkata, pelaburan itu adalah sebahagian daripada mandat Khazanah pada waktu itu untuk memupuk usahawan teknologi tempatan dan mendapatkan pendedahan kepada tesis pelaburan dalam sektor e-dagang yang kian berkembang.

1 Nov 2024 – Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, akan melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang FashionValet.

Pasangan suami isteri itu turut memohon maaf susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB dan Khazanah.

4 Nov 2024 – SPRM menyerbu empat premis termasuk sebuah kementerian, dua pejabat GLC dan ibu pejabat portal fesyen dalam siasatan berkaitan kerugian pelaburan dana awam berjumlah RM43.9 juta.

6 Nov 2024 – Hari kedua proses mengambil keterangan Vivy dan Fadza di Ibu Pejabat SPRM.

Related Posts

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu menjadi sebuah Kota Baca dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya agenda memartabatkan budaya ilmu diperkasa menerusi pelbagai inisiatif strategik, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Wartawan Nasional: Fadillah hargai peranan media pupuk perpaduan

KUCHING – Peranan pengamal media di negara ini terus diiktiraf sebagai komponen penting, khususnya dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar