Singkir Israel: Tunjukkan solidariti kita kepada PMX

SEMUA rakyat Malaysia diseru bersatu hati sebagai tanda solidariti menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak dunia menyingkirkan Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, inilah masanya rakyat Malaysia tidak mengira apa jua warna kulit, bangsa dan agama berdiri teguh di belakang Perdana Menteri yang bersungguh-sungguh menyuarakan kelantangan Malaysia menentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

“Usul yang akan dibawa oleh Perdana Menteri ini adalah satu langkah yang berani, tegas dan berpendirian utuh menunjukkan Malaysia konsisten memerangi jenayah Israel yang sekian lama membantai penduduk Palestin di tanah air mereka sendiri.

“Walaupun kita sebuah negara yang kecil, tetapi tidak bermakna kita takut untuk bersuara lantang memerangi isu kemanusiaan sejagat yang sekian lama belum ternoktah dilakukan Israel.

“Ini bukan soal kaum, agama tetapi ini soal kemanusiaan, keamanan sejagat. Saya sebagai Ahli Dewan Negara menyokong penuh segala tindakan PMX yang konsisten mendesak kezaliman Zionis terhadap rakyat Palestin dihentikan, jadi saya menyeru semua rakyat Malaysia yang pelbagai kaum untuk bersolidariti tanda sokongan atas usaha PMX ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, perjuangan Anwar membela rakyat Palestin ini bukan isu politik dan sepatutnya mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada semua Ahli Parlimen pembangkang.

“Ini adalah isu kemanusiaan sejagat, Israel sudah terlalu lama bertindak zalim, membunuh, menjajah, dan ini jenayah genosid ke atas rakyat Palestin.

“PMX telah menunjukkan kesungguhannya, jadi ketepikan perbezaan politik, semua 222 Ahli Parlimen yang ada ini berdiri teguhlah di belakang PMX, tunjukkan solidariti Malaysia menentang kezaliman Zionis.

“Jika resolusi penyingkiran Israel ini berjaya, ia merupakan satu sejarah yang menyebabkan Israel kehilangan suara di PBB, dan usaha Malaysia ini walaupun tampak kecil, tapi sangat bermakna untuk rakyat Palestin,” katanya.

Isnin lalu, Perdana Menteri memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia sedang menyediakan resolusi bagi menyingkirkan Israel daripada PBB.

Draf berkenaan turut menyentuh mengenai agensi di bawah PBB, organisasi antarabangsa dan negara ketiga di Wilayah Pendudukan Palestin (OPT), yang dilaksanakan dengan persetujuan kerajaan Palestin untuk manfaat orang awam Palestin di wilayah itu.

“Apabila resolusi itu diluluskan, ia akan menjadi landasan perundangan bagi membolehkan United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) terus memberikan khidmat asas.

“Antaranya seperti (khidmat) pendidikan, perawatan kesihatan dan bantuan kemanusiaan, yang sebelum ini memberikan faedah kepada lebih enam juta pelarian Palestin di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lubnan dan Syria,” kata Anwar.

Related Posts

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menyambut baik keterbukaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menutup ruang rundingan berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bercadang membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan keahlian parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) gugur secara automatik susulan hasrat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial