Kesihatan mental belia Malaysia pada tahap sederhana

PUTRAJAYA – Skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI’23) direkodkan pada tahap sederhana iaitu 71.91, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan itu sekali gus mempamerkan terdapat tekanan yang mendorong masalah kesihatan membabitkan golongan berkenaan.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) berkata, skor itu wajar digunakan sebagai petunjuk awal bagi mengenal pasti masalah terbabit dalam kalangan belia di negara ini.

Katanya, keadaan terbabit boleh mendorong kepada masalah kesihatan mental lebih serius, jika tidak ditangani segera selain menyifatkan indeks itu sangat signifikan, terutama mengenai cabaran sosial dan ekonomi dihadapi generasi muda.

MyMHI’23 dibangunkan Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), selain akan menjadi alat pengukur utama untuk menilai tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun di negara ini.

“Merujuk kepada pencapaian domain (dalam MyMHI’23), domain pengalaman hidup mencatatkan skor tertinggi iaitu 88.51 dan berada pada tahap memuaskan.

“Bagaimanapun, domain persekitaran merangkumi gaya hidup, keperibadian individu, sokongan sosial, pengendalian tekanan dan minda sihat merekodkan skor terendah iaitu 65.45.

“Secara keseluruhan, majoriti belia tidak terdedah dengan pengalaman negatif seperti penderaan dan buli sepanjang kehidupan mereka, selain skor ini wajar dijadikan petunjuk prestasi utama nasional,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat JKPB Bil. 2/2024 dan Pelancaran Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia di Parlimen, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ahmad Zahid turut mendedahkan, buli siber, teknologi dan gaya hidup adalah antara tujuh faktor dikenal pasti sebagai punca bunuh diri dalam kalangan belia di negara ini.

Justeru, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, JKPB memainkan peranan penting menyelaraskan isu pembangunan belia, membabitkan keputusan dasar seluruh kementerian dan agensi bagi mencapai kesepakatan menyeluruh.

Selain itu, katanya, Presiden dan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia dilantik sebagai ahli tetap JKPB, berkuat kuasa pada mesyuarat akan datang.

“Kita amat prihatin mengenai aspek kesejahteraan mental dalam kalangan belia yang menjadi asas keseimbangan diri dan sosial kerana stress dan ‘anxiety’ (kebimbangan) mengakibatkan berlakunya kejadian bunuh diri.

“Justeru, antara syor dipersetujui dalam mesyuarat termasuk pembabitan menyeluruh kementerian dan agensi dalam melaksanakan intervensi kesihatan mental lebih berkesan, khususnya bagi golongan belia.

“Selain itu, garis panduan untuk memberi sokongan dan bantuan kepada keluarga atau rakan terdekat yang terkesan akibat kes cubaan atau kejadian bunuh diri turut dibincangkan secara serius.

“Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk menangani cabaran kesihatan mental belia sebagai isu penting yang memerlukan tindakan segera dan sokongan menyeluruh daripada semua pihak,” katanya.

Related Posts

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini. Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

PUTRAJAYA – Panduan pelarasan Perbelanjaan Mengurus (OE) bagi semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF), pada Rabu hanya membabitkan perbelanjaan tidak kritikal. Kementerian itu menjelaskan, bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa