Konflik harimau-manusia antara tumpuan Parlimen hari ini

PUTRAJAYA – Isu kos sara hidup rakyat, konflik manusia dan harimau serta sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan komitmen kerajaan dalam memberi tumpuan kepada usaha menangani kebimbangan rakyat dalam soal kos sara hidup yang semakin meningkat pada sesi soal jawab.

Beliau juga ingin tahu mengenai usaha kerajaan dalam menangani masalah kartel serta monopoli yang mempengaruhi kenaikan harga barang dan perancangan rentas kementerian bagi menangani kos sara hidup rakyat.

Pada sesi sama, Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) bertanyakan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai tindakan perlu dilakukan apabila berlaku situasi harimau masuk ke kawasan penempatan awam dalam menangani konflik antara manusia dan harimau.

Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) pula meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan proaktif kerajaan selain kempen kesedaran umum terhadap premis makanan dan minuman terbuka yang masih belum mendapat sijil halal Jakim terutamanya melibatkan premis yang sering dikunjungi oleh orang ramai termasuk orang Islam.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat dasar oleh menteri daripada setiap kementerian.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 35 hari bermula 14 Oktober hingga 12 Disember depan.

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anak-anak muda, bekerjalah bersama dan jadikan Malaysia negara hebat – Anwar

PERMATANG PAUH – Anak muda dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan fahaman kebencian dan perpecahan kerana ia hanya akan melemahkan negara, sebaliknya mereka diminta bangkit sebagai satu pasukan untuk bersama-sama membina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri