Jumlah wartawan terkorban di Gaza tertinggi dunia

GAZA – Angka kematian wartawan Palestin akibat pembunuhan beramai-ramai rejim Israel sejak Oktober tahun lalu telah melebihi dua kali ganda purata kematian pengamal media global, lapor Anadolu memetik kenyataan kesatuan akhbar Palestin pada Sabtu.

Menurut kesatuan itu, rejim Israel telah membunuh 183 wartawan di Gaza sejak Oktober 2023 dan angka ini telah melebihi dua kali ganda jumlah wartawan yang terbunuh setiap tahun di seluruh dunia.

“Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara sistematik oleh tentera rejim Israel terhadap wartawan Palestin di Gaza yang bertujuan untuk menghapuskan saksi kebenaran, sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman,” tegas kesatuan itu.

Kesatuan tersebut menyifatkan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan terhadap kewartawanan dan kemanusiaan oleh rejim Israel di Gaza sebagai pembunuhan beramai-ramai wartawan terbesar dan paling kejam dalam sejarah media di seluruh dunia.

Pada hari Jumaat, Ketua Pengarah UNESCO Audrey Azoulay berkata bahawa 900 wartawan telah dibunuh di seluruh dunia sejak 2013, dengan purata 82 wartawan setahun, iaitu kurang daripada separuh jumlah wartawan Palestin yang dibunuh oleh Israel di Gaza.

Kesatuan itu menyeru institusi dan masyarakat antarabangsa supaya mengambil langkah dan keputusan dengan segera iaitu mewujudkan mekanisme undang-undang yang mengikat dan menghalang pembunuhan wartawan serta memastikan mereka tidak terlepas daripada hukuman.

Setakat 3 November, angka kematian rakyat Palestin akibat serangan kejam rejim Israel telah meningkat kepada 43,341 kematian, 102,105 kecederaan dan puluhan ribu lagi dipercayai masih terperangkap dibawah runtuhan bangunan di seluruh Semenanjung Gaza, lapor WAFA.

Dalam tempoh 24 jam lalu, rejim Israel telah melancarkan empat serangan yang menyasarkan beberapa keluarga di Semenanjung Gaza sehingga telah meragut nyawam 27 orang warga Palestin dan 86 yang lain cedera, menurut sumber kesihatan tempatan.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi