Wanita warga emas mengaku tidak bersalah miliki 38 buku ‘Abuya’

SEORANG ahli wanita Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas satu pertuduhan memiliki 38 penerbitan berkaitan bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau ‘Abuya’, bulan lalu.

Aishah Bula Tajudin, 60, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Farah Nabihah Muhammad Dan.

Berdasarkan pertuduhan, suri rumah itu didakwa memiliki 38 hasil penerbitan larangan tanpa sebab yang munasabah, di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini pada jam 11.30 pagi, 21 September lalu.

Antara buku tersebut ialah ‘Darul Arqam 25 Tahun Perjuangan Abuya Syeikh Imarn Ashaari Muhammad At-Tamimi, Siri Terkini Era kasih Sayang Abuya Pemimpin Kasih Sayang dan Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya’.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin.

“Dia didakwa atas satu kes melibatkan 38 penerbitan dilarang sebagaimana yang diwartakan kerajaan dan pengharaman memiliki penerbitan tersebut telah diuar-uarkan oleh media.

“Selama tiga dekad pengharaman tersebut, namun masih ada individu memiliki item berkenaan secara bersembunyi,” katanya.

Bagaimanapun, peguam, Boestamam Ahmad yang mewakili Aishah merayu jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan menjaga suaminya mengalami strok.

Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan, melapor diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok