Kejayaan penganjuran Sukma 2024 jadi tanda aras baharu sukan negara – Abang Johari

KUCHING – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg melahirkan rasa bangga atas kejayaan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-21.

Selain itu, Abang Johari berkata kejayaan ini berdasarkan aspek kerja berpasukan, perancangan teliti dan pelaburan jangka panjang dalam pembangunan generasi muda.

“Kejayaan Sukma ke-21 merupakan hasil kerjasama yang kukuh daripada jawatankuasa besar sehingga jawatankuasa kecil di setiap bahagian,” kata beliau lagi.

Beliau turut menegaskan kerjasama dan semangat kerja berpasukan yang begitu tinggi menjadi Sarawak sebagai tuan rumah yang boleh menjadi model bagi negeri-negeri lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sukma Ke-21 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.

Sementara itu, Abang Johari berkata penganjuran Sukma bukan sekadar kejayaan sukan tetapi pelaburan demi masa depan anak muda Sarawak.

“Ini sangat penting untuk anak muda kita supaya dapat membina keyakinan diri dan daya tahan diri serta semangat pencapaian,” ujar beliau.

Tambah beliau, Sukma sudah pasti dapat memberi ruang kepada anak muda untuk mencapai potensi sebenar mereka.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu