Empat kenderaan diserang gajah liar di JRTB Jeli-Gerik

GERIK – Empat kenderaan yang dinaiki 14 individu secara berasingan berdepan detik cemas apabila diserang sekumpulan gajah liar pada waktu malam ketika melalui Kilometer 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, dekat sini, pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kejadian melibatkan empat kereta masing-masing jenis Toyota Innova, Perodua Alza, Honda Jazz dan Proton Pesona berlaku pada hari dan waktu sama iaitu sekitar jam 9.15 malam ketika dalam perjalanan dari arah Jeli, Kelantan ke Gerik.

Ujarnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11 malam.

“Kejadian itu melibatkan mangsa yang berusia antara 22 tahun sehingga 55 tahun. Hasil siasatan lanjut, kesemua kenderaan yang terlibat dalam perjalanan dari arah Jeli, Kelantan ke Gerik.

“Setibanya di lokasi kejadian mereka telah ternampak sekumpulan gajah yang tidak pasti jumlahnya berada di atas jalan raya. Kemudian, kesemua pemandu telah memberhentikan kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Tambah beliau, setelah kumpulan gajah berkenaan dilihat mula beredar dari lokasi, terdapat pula sebahagian daripada haiwan liar itu tiba-tiba datang menghampiri empat kereta terbabit dan bertindak dengan cara menggesel serta menghempap kenderaan mereka.

Ekoran insiden tersebut, ujar Zulkafli, kesemua kenderaan telah mengalami kerosakan pada bahagian hadapan, belakang, sisi kanan dan kiri manakala semua pemandu dan penumpang kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menjelas lanjut, Zulkafli berkata, kesemua individu tidak dapat mengenal pasti jumlah gajah terbabit kerana ketika kejadian, keadaan persekitaran gelap kerana selepas serangan itu, kumpulan gajah itu beredar menuju ke hutan berdekatan.

“Selepas (serangan) itu, gajah-gajah tersebut beredar menuju ke hutan berdekatan.

“Kesemua kenderaan telah mengalami kerosakan di seluruh bahagian kenderaan manakala semua pemandu dan penumpang kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Antara gambar gajah liar yang sempat dirakam dan dikongsi di media sosial

Tambah beliau, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) juga telah dimaklumkan tentang kejadian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan agar pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan JRTB kerana dikhuatiri terdapat hidupan liar yang melintas serta berada di jalan raya dan bertindak di luar jangka.

Sementara itu, Perhilitan Perak mengesahkan menerima laporan beberapa kenderaan rosak akibat diserang sekumpulan gajah liar berhampiran Tugu Peringatan JRTB Gerik-Jeli pada Rabu.

Menurut Pengarahnya, Yusoff Shariff, kakitangan Perhilitan telah menghalau kesemua gajah dengan menggunakan kaedah tembak dan halau.

Jelasnya, dianggarkan kira-kira 25 hingga 30 ekor gajah berada di tempat kejadian ketika itu.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak