Penduduk Jelujok Banggu terpaksa gali telaga tiub dapatkan sumber air

KOTA BHARU – Seramai 3,000 penduduk sekitar Kampung Jelujok Banggu, Kota Bharu, di sini terpaksa menanggung beban demi mendapatkan bekalan air dengan menggali telaga tiub.

Penduduk kawasan itu juga mendakwa, masalah berkenaan berlaku sejak sekian lama sehingga membuatkan mereka terpaksa mengambil inisiatif dengan mengeluarkan modal untuk membina telaga tiub.

Penduduk, Ahmad Saiful Nizam, 33, berkata, masalah ketiadaan bekalan air itu bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlaku sejak sekian lama.

Menurut beliau, inisiatif itu diambil sebagai usaha terakhir mereka untuk mendapatkan air walaupun perlu mengeluarkan belanja hingga melebihi ribuan ringgit.

Katanya, kebanyakan penduduk di sini mengambil langkah dengan mengeluarkan perbelanjaan menggali telaga sendiri untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian mereka.

“Masalah air ini telah lama sudah berlaku, seingat saya sejak tahun 2012 lagi, selepas dari apa yang berlaku hampir kesemua penduduk termasuk saya sendiri menggunakan telaga tiub.

“Kita terpaksa keluarkan modal untuk membeli enjin air dan semua termasuk upah membina telaga tiub ini,” katanya.

Sementara itu, Sarimah Ismail, 49, berkata, isu bekalan air itu telah dialami mereka sejak belasan tahun lalu dan menyukarkan penduduk melakukan aktiviti harian termasuk memasak, membasuh pakaian.

Sarimah berkata, rata-rata penduduk dikawasan ini mengambil langkah membina telaga tiub di kediaman masing-masing dan terpaksa mengeluarkan kos mencecah ribuan ringgit.

“Jadi disebabkan bekalan air ini sentiasa berlarutan jadi kita pun terpaksa gali telaga tiub walaupun kos itu agak tinggi tetapi demi nak dapatkan bekalan jadi kita buat,” katanya.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China