PM: Hala tuju kerjasama M’sia-Iran tak akan dipengaruhi pihak asing

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing, sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata, perkara itu disampaikan kepada Presiden Terpilih Iran, Dr Masoud Pezeshkian dalam perbualan telefon mereka semalam.

“Perbualan kami kemudian menyentuh mengenai komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala, pelaburan dan perdagangan Malaysia-Iran selain sedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berpotensi yang masih belum diteroka sepenuhnya,” katanya.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Pezeshkian yang akan mengangkat sumpah sebagai presiden Iran pada 30 Julai ini selain menzahirkan harapan untuk melihat negara itu terus berkembang hebat di bawah pimpinannya.

Beliau juga mengucapkan takziah atas pemergian bekas presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada 19 Mei lepas.

“Saya juga sempat menyatakan penghargaan atas pendirian teguh Iran dalam perjuangan menuntut keadilan buat rakyat Palestin serta menentang kezaliman dan genosid yang dilakukan rejim Zionis Israel,” katanya.

Perdana menteri berkata, pada akhir perbualan itu, beliau menjemput Pezeshkian ke Malaysia sesegera mungkin dan pemimpin tersebut turut menjemputnya ke Iran untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Pezeshkian, 69, yang juga bekas Menteri Kesihatan, dipilih sebagai Presiden Kesembilan Iran pada pilihan raya 5 Julai lepas.

Related Posts

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial yang didakwa berkaitan penyebaran maklumat palsu dan pendedahan maklumat peribadi tanpa kebenaran. Tindakan ini dijalankan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga santan stabil menjelang bulan depan – Mat Sabu

KERAJAAN memberikan jaminan harga santan akan stabil menjelang bulan depan, terutama pada sambutan Hari Raya Aidiladha. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan mengimport buah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini