74 warga Palestin terbunuh sejak 24 jam lalu

GAZA – Sejak 24 jam lalu, tentera rejim Israel telah melakukan enam pembunuhan beramai-ramai terhadap beberapa keluarga di Semenanjung Gaza, sehingga mengakibatkan 74 orang awam terbunuh dan 130 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.

Dalam serangan terbaharu di Kem Jabalia, dua orang menjadi mangsa kekejaman dron rejim Israel manakala di Khirbet al-Adas, utara bandar Rafah, dua lagi turut terbunuh dan empat yang lain cedera dalam serangan udara Israel yang disasarkan ke atas sekumpulan orang awam, lapor WAFA.

Sementara itu, tiga orang awam terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera selepas tentera rejim Israel membedil sekolah Zahra, yang menempatkan pelarian di timur Kota Gaza.

Artileri rejim Israel juga menyasarkan kawasan barat laut kem pelarian al-Nuseirat di tengah-tengah Semenanjung Gaza.

Susulan itu,angka kematian Palestin terus meningkat kepada 42,792 manakala 100,412 yang lain telah tercedera sejak serangan kejam berterusan rejim Israel.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok