Urusan hotel di bawah kerajaan negeri, kurang pekerja punca masalah daftar masuk dan keluar

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) memaklumkan urusan berkaitan rumah tumpangan dan pemalaman, termasuk kawal selia tatacara operasi premis berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Justeru, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing memberitahu, Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) memperuntukkan keperluan pendaftaran premis penginapan pelancong, termasuk hotel tetapi kawal selia dan penguatkuasaan operasi hotel bukan di bawah kementerian itu.

Bagaimanapun King Sing berkata, Motac akan berbincang dengan kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung kewajaran memasukkan peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawal selia tatacara operasi hotel ke dalam Akta 482.

“Selain itu, Motac akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menyelesaikan isu merangkumi pengambilan pekerja dalam sektor perhotelan bagi memastikan standard dan perkhidmatan premis penginapan pelancong sentiasa tinggi, terutama dalam melaksanakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2025,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) sama ada kementerian mengambil serius dengan memantau lebih dekat isu penetapan waktu daftar masuk dan keluar oleh pengusaha hotel, susulan rungutan kebimbangan orang awam mengenai ketidakadilan hotel tempatan yang sewenang-wenangnya mengubah waktu daftar masuk dan keluar hotel.

Mengulas lanjut King Sing berkata, susulan perkhidmatan di hotel membabitkan pelancong, Motac mengadakan libat urus dengan pengusaha hotel pada 17 Oktober lalu bagi membincangkan mengenai daftar masuk dan keluar, yang berpunca daripada kekurangan tenaga kerja di premis berkenaan dan akan mempertimbang cadangan yang diutarakan.

Isu waktu penginapan hotel berbangkit selepas pengguna mempersoalkan tindakan sesetengah hotel menetapkan waktu daftar masuk ke premis bermula jam 4 petang, manakala daftar keluar adalah pada jam 11 pagi keesokannya.

Buat masa ini, kebanyakan hotel menetapkan daftar masuk pada jam 2 petang dan daftar keluar jam 12 tengah hari.

Ahad lalu, King Sing, menggesa pengusaha hotel menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

Katanya, penginapan 23 jam sehari adalah perkara biasa di luar negara dan tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan.

Kenyataan King Sing mendapat reaksi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang menjangkakan kadar penginapan di hotel dijangka meningkat jika kerajaan menetapkan dasar menginap sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

Presiden MAH, Datin Christina Toh berkata, pelaksanaan dasar itu akan membawa kepada kos operasi lebih tinggi dan berkemungkinan menyebabkan kenaikan harga bilik.

Related Posts

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

PUTRAJAYA – Pindaan terhadap Akta Tabung Haji 1995 perlu diberi keutamaan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), bagi memastikan kelemahan tadbir urus yang dikenal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan