Tiga organisasi bekerjasama kurangkan pesakit Talasemia di Sabah

KOTA KINABALU – Kerjasama baharu diwujudkan bagi usaha mengurangkan bilangan pesakit Talasemia di Sabah.

Tiga organisasi yang terlibat iaitu Unit Penyelidikan Komunikasi Untuk Pembangunan (C4D) UMS-Unicef di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) dan Persatuan Talasemia Sabah.

Kerjasama melalui Surat Niat antara ketiga-tiga organisasi khusus membangunkan program bagi meningkatkan kesedaran dan tindakan berkaitan Talasemia di Sabah bagi tempoh setahun.

Majlis yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) dihadiri oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS, Prof. Dr. Asmady Idris, Pengerusi MPMS, Jais Asri dan Presiden Persatuan Talasemia Sabah, Francis Mujim di sini pada Selasa.

Dalam ucapannya, Asmady mengalu-alukan kerjasama tersebut kerana ini akan membolehkan program penurunan  Talasemia dijalankan dengan lebih sistematik.

“Universiti juga ingin melihat lebih ramai penyelidik menjalinkan aktiviti dengan komuniti, seperti ditekankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

“Kita perlu berada di lapangan untuk bekerja dengan komuniti dan industri dan kerjasama ini selaras dengan hasrat tersebut,” katanya.

Tambah beliau, terdapat peluang untuk menerbitkan hasil dapatan kajian dan program dari kerjasama ini di jurnal atau dalam bentuk buku seterusnya menjadi bahan rujukan yang bernilai.

Beliau berkata, Pelan Strategik UMS 2023-2027 menekankan keperluan untuk penyelidikan, selain jaringan dengan industri dan komuniti.

Jelasnya, kerjasama ini juga selaras dengan aspek kedua dalam Pelan Transformasi UMS 2050 iaitu inovasi masyarakat.

Sementara itu, Ketua Unit Penyelidikan C4D UMS-Unicef Dr. Latif Lai, menjelaskan bahawa persetujuan untuk menandatangani Surat Niat ini adalah hasil latihan dalam bidang perubahan sosial dan tingkah laku yang diadakan untuk organisasi di bawah MPMS.

“Pihak kami bersetuju menyokong Persatuan Talasemia Sabah dalam usahanya mengurangkan bilangan pesakit Talasemia di negeri Sabah.

“Kami memandang positif kerjasama ini dan komited untuk melihat hasil penyelidikan dikongsi kepada semua ogranisasi yang terlibat,” katanya.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu