42,718 angka kematian terbaharu Palestin

GAZA – Dalam tempoh 24 jam lalu, tujuh pembunuhan beramai-ramai melibatkan beberapa keluarga di Semenanjung Gaza telah meragut nyawa 117 rakyat Palestin dan 478 yang lain cedera.

Ia sekaligus menjadikan angka kematian di Palestin akibat serangan berterusan rejim Israel sejak 7 Oktober tahun lalu, meningkat kepada 42,718 orang terbunuh, 100,282 individu mengalami kecederaan dan puluhan ribu lagi masih tidak dapat diselamatkan.

Dalam serangan terbaharu di bandar Beit Lahia, Semenanjung Gaza, rejim Israel telah melakukan serangan pengeboman artileri yang menyasarkan sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan orang ramai, lapor WAFA.

Berikutan serangan yang menyasarkan Sekolah Zayd ibn Haritha itu, tujuh orang awam telah terkorban manakala beberapa yang lain cedera.

Di Tebing Barat pula, rejim Israel telah membakar ladang dan merosakkan tanaman pokok zaitun milik perkampungan Yasuf, timur bandar Salfit malah penduduk kampung turut dihalang daripada memadamkan kebakaran di kawasan itu.

Sementara itu, di Masafer Yatta, selatan bandar Hebron, rejim Israel telah menculik seorang remaja bawah umur 15 tahun yang dikenali sebagai Salameh Kayed Makhamra, sebelum dibawa ke Halat Maon untuk dipukul dan dilepaskan berhampiran kawasan Khirbet Maghyair al-Abid.

Keganasan penjajah Israel terhadap rakyat Palestin termasuk pembakaran harta benda dan masjid, melontar batu, mencabut tanaman dan pokok zaitun, dan serangan ke atas rumah yang terdedah, sudah menjadi perkara biasa di Tebing Barat malah tiada sebarang tindakan dikenakan.

Related Posts

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat