Teliti bangunan lama, usang demi keselamatan – Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan negeri meneliti semua bangunan sudah berusia dan usang demi keselamatan nyawa dan harta benda.

Baginda bertitah, langkah itu perlu bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti kebakaran membabitkan premis kedai di Jalan Besar, di sini Sabtu lalu.

Titah baginda, pihak pentadbiran juga wajar membuat satu dasar baharu berkaitan bangunan lama kerana kejadian itu kemungkinan akan berlaku di tempat lain.

“Saya tahu kalau kita nak bina bangunan baharu, pejabat baharu, hotel baharu dan premis baharu begitu ketat sekali peraturan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Pejabat Daerah.

“Kita setuju dengan cara (peratuan) itu tetapi bangunan lama awak tutup mata sahaja. Ini saya rasa satu masa untuk pergi tengok bangunan-bangunan lama.

“Bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) pun sama, jika bangunan rasa tidak selamat, beritahu tidak selamat, jangan main diam sahaja kerana kita tidak mahu ada kehilangan nyawa dan harta yang besar,” titah baginda selepas berkenan melawat lokasi kebakaran kedai di Jalan Besar, hari ini.

Baginda turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu, khususnya anggota bomba yang bertindak pantas sebaik menerima panggilan kecemasan dalam operasi pemadaman.

“Tetapi saya tengok dalam TikTok, kebakaran itu agak menakutkan dan juga begitu besar sekali,” katanya.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak