Parlimen tangguh 30 minit akibat banjir kilat

PUTRAJAYA – Sidang Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan selama 30 minit selepas ramai Ahli Parlimen terperangkap susulan beberapa laluan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, persidangan sesi pagi akan bermula semula jam 10.30 pagi.

“Di luar sana hujan terlalu lebat dan beberapa jalan dinaiki banjir, ramai di antara Yang Berhormat terperangkap dalam banjir tersebut,

“Oleh demikian saya ingin menggunakan Peraturan Mesyuarat 12 (2) untuk menangguhkan mesyuarat hingga jam 10.30 pagi,” katanya.

Sidang Dewan Rakyat hari ini sepatutnya bermula jam 10 pagi.

Kesesakan teruk berlaku di beberapa laluan utama di ibu negara.

Beberapa laluan juga dilaporkan dinaiki air, menyebabkan banyak kenderaan terperangkap.

Sementara itu Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang juga Menteri Kerja Raya menerusi X, berkata seingat beliau, keputusan Speaker itu kali pertama berlaku dalam sejarah.

“(Sidang Dewan Rakyat) ditangguh 30 minit pagi ini disebabkan hujan lebat, ramai #AhliParlimen tersangkut dalam banjir kilat.

“Speaker tangguhkan hingga 10.30 pagi. Kali pertama berlaku seingatan saya.

“Sebelum ini penangguhan bila berlaku pertelingkahan yang sukar dikawal oleh Speaker,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di semua negeri di Pantai Barat Semenanjung dari Perlis hingga Johor.

Dalam kenyataan di portal X, amaran itu dikeluarkan membabitkan Perlis, beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu, Pulau Pinang manakala di Perak ialah Kerian, Larut. Matang, Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Amaran itu juga dikeluarkan di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Kuala Langat, UIu Langat dan Sepang. Begitu juga di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, Melaka, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor serta Bintulu, Miri, Sarawak juga dikeluarkan amaran hujan dan ribut,” katanya.

Related Posts

Tinjauan Merdeka Center: Anwar kekal mendahului, 52 peratus rakyat puas hati prestasi Kerajaan

KUALA LUMPUR– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin politik paling mendapat sokongan rakyat apabila mencatat kadar penarafan positif sebanyak 52 peratus, menurut tinjauan terbaharu Merdeka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia tidak pernah iktiraf kerajaan baharu Myanmar

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf kerajaan baharu Myanmar selepas pilihan raya yang diadakan junta tentera secara berperingkat bermula Disember tahun lalu. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

Program EAFM Lawas perkasa pemuliharaan ekosistem pesisir

SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

SUKMA 2026 lebih berhemah, Selangor kurangkan acara istiadat

Sarawak mahu KKM, Kastam perketat sempadan halang dadah vape

Sarawak mahu KKM, Kastam perketat sempadan halang dadah vape

SJKC Krokop lancar bilik darjah pintar, perkasa pembelajaran digital

SJKC Krokop lancar bilik darjah pintar, perkasa pembelajaran digital

Jentera awam turun padang pacu agenda pembangunan Sarawak

Jentera awam turun padang pacu agenda pembangunan Sarawak

Inovasi AR guru Mukah raih empat anugerah antarabangsa

Inovasi AR guru Mukah raih empat anugerah antarabangsa