Hubungan bilateral Putrajaya – Manila diperkukuh

PUTRAJAYA – Malaysia dan Filipina komited mengukuhkan hubungan bilateral antara dua negara, selain meneroka peluang kerjasama dalam industri halal, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pengurusan bencana.

Hasrat itu dizahirkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Republik Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr.

Ahmad Zahid berkata, menyedari kepentingan pengurusan bencana, Malaysia dan Filipina turut membincangkan potensi inisiatif latihan bersama antara Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan agensi berkaitan di Filipina untuk memperkukuh keupayaan tindak balas bersama.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata Malaysia juga berminat menjalin kerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Pendidikan Teknikal dan Kemahiran Filipina (TESDA) terutama membabitkan perkongsian kepakaran dan amalan baik dalam aspek TVET.

“Ia termasuk dalam penekanan perbincangan hari ini berhubung kepentingan TVET dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

“Dalam aspek bencana pula, saya juga menegaskan semula komitmen kami untuk memberikan bantuan kepada Filipina ketika menghadapi bencana,” katanya melalui satu kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Filipina bermula hari ini.

Melalui lawatan itu, Ahmad Zahid dijadual membuat kunjungan hormat ke atas Ferdinand dan Naib Presiden, Sara Duterte.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, Malaysia turut mengintai ruang dan peluang ke arah meningkatkan kerjasama dalam industri halal.

Beliau berkata, ia terutamanya membabitkan langkah memperluas usaha pensijilan halal dan meneroka peluang pertumbuhan perdaganganhalal baharu, termasuk sektor pelancongan halal.

Related Posts

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

PUTRAJAYA – Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam agenda pendigitalan apabila melonjak ke kedudukan ke-13 dunia bagi faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang diterbitkan oleh Institut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

KUALA LUMPUR – Ancaman dadah kekal musuh nombor satu negara, justeru pihak berkuasa terus giat mengambil tindakan daripada pelbagai aspek bagi mengekang masalah itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat