Dua lagi ‘safehouse’ digeledah, SPRM temui RM321,000

KUALA LUMPUR – Dua lagi tempat penyimpanan wang telah digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar ibu negara susulan penggeledahan pertama yang dibuat di sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan ‘safehouse’ milik seorang ahli politik.

Penggeledahan yang dibuat pada malam Ahad itu turut berjaya menemui wang tunai termasuk mata wang asing dengan nilai keseluruhan sebanyak RM321,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, memang ada dua lagi tambahan ‘safehouse’ yang digeledah dan turut menemui wang tunai di rumah berkenaan.

“Saya tidak boleh dedahkan lagi dan pegawai saya telah menggeledah ada tambahan dua ‘safehouse’ lagi yang dikatakan ada tersimpan wang.

“Salah satu daripadanya ada penemuan lebih kurang SG$74,000 atau RM243,000. Kemudian di satu tempat pejabat dijumpai wang lebih kurang RM78,000 dan kita juga mendapat maklumat ada wang telah dibuat pelaburan di Singapura namun saya tidak boleh dedahkan berapa jumlahnya dan siapa pemiliknya.

“Ya (Lembah Klang), ada di Kuala Lumpur, ada di sekitar Selangor. Penggeledahan yang pertama dibuat pada Sabtu malam dan yang seterusnya malam tadi, kita buat satu persatu selepas siasatan dan dapat pengakuan,” katanya, lapor Sinar Harian di Sabah pada Isnin ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC).

Azam dalam pada itu tidak menolak kemungkinan akan ada lagi penggeledahan seterusnya dilakukan oleh SPRM mengikut siasatan yang dilakukan.

“Rasanya akan ada lagi penemuan-penemuan di safehouse yang lain, yang ini kita masih lagi menjalankan siasatan dan risikan terhadap penyimpanan wang ini.

“Mungkin ada dibuat penyimpanan di bank-bank lain, yang ini sedang kita siasat,” katanya.

Sebelum itu, beliau turut mengesahkan laporan mengenai penemuan S$1.5 juta atau kira-kira RM5 juta di sebuah tempat yang dikatakan ‘safehouse’.

Media pada Ahad melaporkan mata wang asing itu ditemukan susulan penahanan dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkait kes rasuah berhubung konsesi perlombongan pasir.

Related Posts

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Negara kini memasuki fasa penyesuaian kos yang semakin jelas apabila kesan krisis bekalan global mula mempengaruhi kos pengangkutan, logistik, harga barangan dan perbelanjaan harian rakyat. Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000