Hari Tanpa Gula di Parlimen setiap Rabu

PUTRAJAYA – Parlimen akan membudayakan dan melaksanakan hari tanpa gula pada setiap Rabu mulai minggu ini dan berjalan sepanjang persidangan Parlimen berlangsung.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, program itu dijayakan bagi menerapkan gaya hidup yang lebih sihat khususnya dalam Ahli Parlimen.

“Hari tanpa gula ini bukan saja akan membabitkan kakitangan Parlimen tetapi turut meliputi Ahli-ahli Parlimen juga.

“Ini selaras dengan kempen gaya hidup sihat yang perlu kita amalkan bersama… ini termasuk teh tarik ye,” katanya ketika mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, seiring penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober lalu, sebanyak 28 kawasan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok iaitu termasuk di bangunan Parlimen.

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menetapkan merokok dan penggunaan rokok elektronik perlu melebihi jarak tiga meter dari bangunan.

“Oleh demikian pihak pengurusan Parlimen sediakan tiga lokasi yang bersesuaian untuk perkara tersebut iaitu berhadapan kafeteria di blok Ahli Parlimen dan pentadbiran, kawasan bersebelahan blok utama bertentangan dengan blok sementara dan berhadapan dewan serbaguna bersebelahan taman herba,” katanya.

Dalam pada itu, Johari berkata, Parlimen juga sudah melaksanakan projek Sistem Fotovolta Suria, sebagai sebahagian usaha menyokong dasar berkaitan tenaga boleh diperbaharui.

“Parlimen Malaysia adalah antara Parlimen terawal di dunia mengoptimumkan penggunaan tenaga solar dengan kapasiti 1.5 megawatt-peak sebagai inisiatif peralihan kepada sumber tenaga yang lebih lestari,” katanya.

Related Posts

Langkah progresif, Elaun Pasca Cuti Bersalin sokong kelangsungan kerjaya wanita

KUALA TERENGGANU – Inisiatif pemberian Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) yang diperkenalkan kerajaan disifatkan sebagai satu langkah signifikan dan progresif dalam memperkukuh sokongan terhadap wanita bekerjaya, khususnya dalam tempoh kritikal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

Langkah progresif, Elaun Pasca Cuti Bersalin sokong kelangsungan kerjaya wanita

Langkah progresif, Elaun Pasca Cuti Bersalin sokong kelangsungan kerjaya wanita

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah