Pinda undang-undang tangani ‘scammer’ antara fokus hari pertama sidang Parlimen

PUTRAJAYA – Kesediaan kerajaan meminda undang-undang bagi menangani sindiket scammer atau penipuan antara yang akan dibincangkan pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu dikemukakan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) kepada Perdana Menteri pada sesi jawab lisan.

Khoo mengajukan soalan berhubung usaha kerajaan menangani sindiket scammer yang kini menumpukan penggunaan akaun syarikat sebagai akaun keldai untuk menjalankan aktiviti haram itu selepas pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) pula bertanyakan soalan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkaitan langkah mengurangkan kebergantungan dan mempelbagaikan strategi pelaburan serta perdagangan bagi memastikan ekonomi Malaysia berdaya tahan daripada kesan ketegangan geopolitik Rusia-Ukraine serta di Timur Tengah.

Soalan mengenai komitmen kerajaan dalam mengimbangi pelbagai keperluan untuk pembangunan di samping memelihara kawasan hutan simpan di Malaysia pula dikemukakan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) meminta Menteri Luar menyatakan tindakan kerajaan dalam menangani isu kedaulatan wilayah maritim Malaysia di perairan Laut China Selatan memandangkan suhu konflik kini yang kian memuncak terutamanya melibatkan negara jiran seperti Filipina.

P Prabakaran (PH-Batu) pula mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri tentang status keselamatan terkini dan tindakan bakal diambil hasil kajian berkaitan tanah jerlus di Jalan Masjid India termasuk kawasan lain yang berpotensi berlaku mendapan.

Persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan bacaan kali pertama dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024.

Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024.

Rang undang-undang itu antara lain bertujuan memasukkan seksyen baharu 14a ke dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk membolehkan seseorang pegawai diberi kuasa memerintahkan mana-mana orang yang dijangkiti sesuatu penyakit berjangkit menjalani pengasingan atau pengawasan.

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 35 hari hingga 12 Disember ini.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

  • By Ynom
  • May 5, 2026
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah