Matheus Cunha
MANCHESTER United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Roma 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi tadi.
Kemenangan dramatik itu menamatkan kemarau sembilan perlawanan tanpa kemenangan, sekali gus meredakan tekanan ke atas pengendali, Michael Carrick.
Roma mendahului 2-0 dalam tempoh 20 minit pertama menerusi jaringan Matias Soule pada minit ke-11 dan sepakan penalti Donyell Malen selepas bola terkena tangan Ayden Heaven.
Tuan rumah bangkit pada babak kedua. dengan Bruno Fernandes merapatkan jurang pada minit ke-58 menerusi sepakan penalti ulangan selepas percubaan pertamanya diselamatkan Devis Vasquez.
Matheus Cunha muncul wira apabila meledak dua gol pada minit ke-83 dan 86 untuk melengkapkan kebangkitan United.
Bagaimanapun, Cunha dibuang padang pada masa kecederaan selepas menerima kad kuning kedua.
Kemenangan itu menghidupkan kembali kempen Liga Juara-Juara United selepas tewas dua perlawanan sebelum ini.

