Madrafataha dijumpai, polis tahan 6 penculik

MISTERI kehilangan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun akhirnya terungkai susulan penemuannya dalam keadaan selamat, semalam.

Susulan penemuan itu, mangsa yang dikenali sebagai Madrafataha Indal Bangsawan dipercayai diculik yang turut menyaksikan penahanan enam suspek termasuk dua wanita berusia 13 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kanak-kanak warga tempatan yang hilang di kawasan rumah kedai di Bandar Bukit Tinggi pada 8 Oktober itu dijumpai semula kira-kira pukul 2.30 petang.

Jelasnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis sekitar lokasi kejadian mendapati mangsa berjalan kaki sebelum menaiki sebuah kereta kereta Perodua Myvi berwarna hitam.

“Siasatan mendapati kanak-kanak itu dipercayai diculik daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang. Bertindak atas maklumat, polis menahan empat lelaki dan dua wanita di sekitar Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran bermula pukul 5 petang semalam.

“Kereta Myvi yang digunakan suspek ketika kejadian turut dirampas. Siasatan mendapati, mangsa mengenali salah seorang daripada suspek selain salah seorang suspek turut memiliki satu rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Cha Hoong berkata, polis akan membuat permohonan reman ke atas keenam-enam suspek di Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Madrafataha hilang selepas turun mengambil makanan di kereta yang diletak di bawah rumahnya di Bandar Bukit Tinggi dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Selasa lalu.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit