Isu GISBH: Tiada cadangan tubuh RCI, cuma kenyataan tiga Menteri di Parlimen – Azalina

TIADA cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebaliknya Kabinet bersetuju Kenyataan Menteri akan dibentangkan di Parlimen, Selasa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata tiga menteri akan membentangkan kenyataan itu pada hari kedua Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen.

Katanya, menteri yang terbabit adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, selepas perbentangan selesai, perbahasan akan dibuka kepada semua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Tiada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) lagi berkaitan isu GISBH, kita biarkan ahli Parlimen berbahas pada Selasa. Dalam urusan majlis pertama, Menteri Agama akan bentangkan, diikuti Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Kita akan buka perbahasan pada ahli Parlimen mungkin ada yang mahu memberi pandangan, atau cadangan sebab bagi pihak kerajaan perlu cerita sebenar dimaklumkan kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Literasi Undang-Undang di Dewan Kejora, Bandar Penawar di Pengerang, pada Jumaat.

Azalina menjelaskan ada beberapa persoalan yang masih tertanya-tanya pandangan umum mengapa ada banyak laporan tetapi tindakan lambat dan senyap.

“Saya tidak dapat menjawab sebab saya bukan yang bertanggungjawab dalam isu ini, tetapi alhamdulillah ketiga-tiga menteri itu akan memberikan penerangan apa yang berlaku dan sedang dilakukan oleh kerajaan.

“Contohnya mungkin Menteri Agama akan bentang dari aspek akidah, mungkin Menteri Dalam Negeri akan bentangkan dari segi pelanggaran undang-undang, seksyen mana bukan saja Kanun Keseksaan, mungkin ada undang-undang lain.

“Dan dari segi Menteri Kebajikan mungkin akan bercakap tentang isu apa yang berlaku bantuan diberikan, mereka yang ada maklumat dan kefahaman lebih,” katanya lapor BH.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, keperluan penubuhan RCI akan diketahui selepas perbahasan ahli Parlimen dalam isu terbabit.

Katanya, perbahasan ahli Parlimen berkaitan isu GISBH ini amat penting, kerana mereka adalah suara yang mewakili rakyat.

“Saya ada baca dalam komen di media sosial, yang seolah-olah kerajaan ini berlebih-lebihan dalam isu GISBH.

“Saya harap semua ahli Parlimen dapat berikan pendapat, pandangan dan cadangan. Masa perbahasan bergantung kepada Speaker. Saya juga mahu rakyat mendengar perbahasan ini pada jam 11 pagi dan akan bersambung petang,” katanya.

Azalina turut memaklumkan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 adalah mencukupi, namun pemakaian seksyen 19 akta terbabit tidak digunakan sebaik mungkin.

“Pada saya undang-undang jenayah seksual kanak-kanak, berkenaan seksyen dengan keterangan kanak-kanak dalam mahkamah agak mencukupi, isu sekarang itu adalah pemakaiannya.

“Dalam aspek ini, seksyen 19 adalah sebagai pemakaian utama iaitu tidak melaporkan, yang mana ada orang sekeliling tidak melaporkan dan ia adalah satu kesalahan dalam akta jenayah seksual kanak-kanak, itu belum lihat akta lain,” katanya.

Related Posts

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

BANGI – Usaha membudayakan pengajian dan penghayatan Hadis Sahih al-Bukhari diyakini mampu menjadi antara pendekatan berkesan membanteras ajaran sesat dan fahaman ekstrem di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Kerajaan meneliti penambahbaikan terhadap pelaksanaan subsidi diesel susulan maklum balas daripada pelbagai pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan