Bayar balik PTPTN, jangan curi masa depan generasi muda – Kor Ming

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menggesa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) untuk melunaskan bayaran pinjaman yang sudah tertunggak RM6 bilion.

Kor Ming berkata, kegagalan peminjam-peminjam tabung pendidikan itu melunaskan bayaran pinjaman itu ibarat mencuri masa depan generasi muda.

“Negara memerlukan rakyat yang bertanggungjawab. Jika pinjam, kena bayar balik.

“Ini prinsip asas semua orang boleh faham.

“Jangan jadi 436,000 orang yang pinjam PTPTN tapi enggan bayar sehingga hutang tunggakan PTPTN sudah lebih RM6 bilion. Tolonglah jangan curi masa depan generasi muda,” desak beliau.

Bulan lalu media melaporkan seramai 430,000 peminjam PTPTN gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan sebanyak RM6 bilion.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, semua peminjam berkenaan dikesan tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN walaupun diketahui kebanyakan daripada mereka telah mempunyai kerjaya masing-masing.

Beliau berkata jumlah pinjaman yang tidak dibayar semula itu sentiasa meningkat saban tahun dan ia sememangnya memberi kesan langsung kepada kedudukan kewangan PTPTN.

Related Posts

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa pendekatan politik Pas lebih menyerupai prinsip Machiavellian, bukannya berteraskan Islam. Prinsip Machiavellian merujuk kepada pendekatan politik yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu eFishery: Salahkan kerajaan sahaja tidak tepati realiti pelaburan global

PUTRAJAYA – Naratif yang terus menyalahkan Kerajaan MADANI dalam isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) terhadap syarikat pemula akuakultur di Indonesia dikenali sebagai eFishery adalah terlalu simplistik dan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea